Thursday, February 16, 2012

heart broken

hari ini 16februari2012 wawa nak isytiharkan bahawa wawa sudah kembali ke alam single ! wah ! hehe. act, dah 6 hari. tapi, yelah nak baik pulih hati dah perasaan ni. kuang! kuang! poyo seyh.

tapi seriously memang kali ni nye relation entah kenapa wawa rasa frust habis lah. frust menonggeng habis. tonggang terbalik kejap lah hidup ni. satu kerja pun tak jalan. ini serius !

3hari hidup dengan airmata
3hari rasa dada berat macam kena tindih dengan batu
3hari tak makan. tak ada selera nak makan. sampai muntah-muntah. 
3hari tak cukup tidur. susah nak tido. celik mata je bayang si dia.

seumur hidup wawa, wawa tak pernah nanges macam ni sebab lelaki. hish hish !

gila kan???

bila bayang kan balik, sumpah kelakar.
wawa dah macam orang gila meroyan !
agak orang mati laki pun tak macam ni.
hahahaha

mungkin sebab, wawa tak pernah setia kat seseorang tu even boy tu baik macam mane pun. then, kali ni tiba-tiba bole setia sangat. act, tak lah sangat. tapi yelah, wawa tak pernah hang out dengan boy lain. just hang out berdua sepanjang relation ni. setakat msg or call . thats normal, right? 
then, mungkin terlalu percaya sangat kat si dia. tapi memang naturally wawa cepat percaya kat orang. itu lah yang wawa senang kena tipu. hahahaha

dah cukup sayang dah rasa nye tapi nak buat macam mane dah tak ada jodoh. mungkin orang tengok gaya wawa ada ciri-ciri pendendam. kalau ikut kan hati yang sakit, idea idea menyetan tu ada lah. tapi itu bukan cara wawa. oke. jauh di sudut hati wawa and terang terangan dari akal wawa, wawa terima je. yelah tak baik kacau rumah tangge orang. nanti orang kacau rumah tangge kita payah lak. hikhik! 

semoga mereka bahagia dan terus bahagia. itu wawa doakan. amin.

thanks kepada yang bagi sokongan and advice. hehehe
usia mematangkan kita.

so, let bygone be bygone.

 

Friday, February 10, 2012

bila perempuan menangis.


WAHAI LELAKI,

Pernahkan kamu tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?

Mungkin sebab kamu sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan
memang suka menangis...Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai kamu, dia mula merendahkan egonya
semata-mata kerana kamu.

Apabila dia menangis di hadapan kamu, apabila dia menangis kerana kamu,
Pandanglah matanya..Bolehkan kamu rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah kamu cuba untuk memahami apa yang dia rasa?

Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis dihadapan kamu hanya kerana kamu?
Dia menangis bukan kerana dia lemah..Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati..Dia menangis Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

WAHAI LELAKI,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana kamu..Mungkin sudah tiba masanya kamu fikir kembali di mana silap kamu,kerana hanya kamu tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti, ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

WAHAI LELAKI,
kalau seorang perempuan menangis kerana kamu, janganlah kamu membiarkan dia
menangis keseorangan.Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan kamu sehingga akhir hayat kamu.

WAHAI LELAKI,
kalau seorang perempuan menangis kerana kamu, janganlah kamu meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan kamu.. Kerana kamu akan merosakkan hidup dia.

WAHAI LELAKI,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta kamu kepada seorang perempuan selagi kamu belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana kamu hanya akan
membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.

catatan
wawa copy paste dari blog orang ini. sorry yerk. bukan apa. wawa baru lepas menangis disebabkan seorang lelaki. wawa nangis puas puas ni. harap-harap lepas nangis puas puas ni, kita dah bole lupa fikir pasal jantan tu !

Thursday, February 9, 2012

oke

oke.
dia penat
dia busy
dia nak study
dia nak siap kan assgnment

fine !

dia seorang je yang buat semua tu

so,
kita kita ni tak buat pape pun.
kan???
kita cuma tahu nak menyibuk je.
hahahaha.

tak ape lahh
kita tunggu je

nanti dia tengah susah
pandai pandai lah dia cari kita

kita ni pun dah macam tunggul

kita tak kesah semua tu

sebab
kita sayang kat dia

tapi dia kena ingat lah kita ni manusia
manusia yang ada hati
manusia yang ada perasaan
manusia yang ada akal
manusia yang ada nafsu

kita penah cakap
tapi entah lah dia tu
faham ke tak?
ambik kesah ke tak?

so, kita malas lahh

dia pun manusia
manusia yang ada hati
manusia yang ada perasaan
manusia yang ada akal
manusia yang ada nafsu

oke bye !


Wednesday, February 8, 2012

9 Februari 2012

Assalamualaikum,

 Wawa baru je abis kelas statistics yang lebih dikenali QMT181. Tadi ade quiz. hurm. Malas nak cerita. 

Oke. First sekali wawa nak cakap ni, hari ini rasa nye tak ada apa pun. Just malam ini, macam biasa dari pukul9-12 ada training zapin untuk Festival Zapin sempena Festival Kolej(FESKO) yang berlangsung dari 15-18 Februari di UiTM Terengganu ini. Macam nak promote pulak. Ops ! Terlebih sudah. Hahaha.

Act, wawa nak story pasal ke-nervous-an wawa nak final sem ni. Aduh, pejam jelik pejam celik caye tak final sem tak sampai sebulan lagi. dada ni dah dup dap dup dap. Fuhhhhhh. Cuakk beb !

Weekend ini ibu wawa final sem untuk part3 master dye. Good luck ibu ! ibu habis exam je, awa pulak exam untuk part2 diploma. Then, awa habis exam je, abang amir pulak exam part2 degree dye. menarik kan? Thats awesome ! Berturut-turut... HAHAHA



Kahwin Pada Usia Muda


Kes nak habiskan nak Baucer RM200 1Malaysia

Saje saja je beli. Tak terfikir pun. oke
Even membe rapat ada yang telah melangkah ke fasa tersebut. 
Tidak lah untuk wawa.
NOT READY YET !
But, buku ini menarik jugak.

HAHA