Sunday, May 15, 2011

i like you!


          hahaha. patut ke aku bagitau dia aku nak pegi terengganu nie. hish. kalau tak bagitau kang aku yang tak tentu arah. aku tak sanggup nak tunggu time tu. aduh. tapi bile aku nak bagitau dia. dia tak pick up call aku. aku salah time call dia. tapi hari ni hari ahad. dia tak keje. hurm. mungkin fon dia tak de kat dia kot. atau mungkin dia memang tak nak cakap ngn aku kot. mungkin dia rase aku menyemak or penyibuk dalam hidup dia. yelahh sape lahh aku ni kan? nak banding kan ngn dia. hurm tak pe lahh aku faham. huhuhu.

           bole tak aku nak buat macam nie? aku tak akan bagitau dia langsung yang aku nak pegi terengganu. aku tunggu dia cari aku dulu. then kalau tak cari pun. sampai masa yang aku ngn dia akan jumpe aku nak buat bodoh je ngn dia. buat buat dia tak wujud time tu. hehe. harap harap aku boleh tahan lahh tak tegur dia. bole tak nak buat macam tu?

            tak pe lahh kejap lagi aku test text dia saje. bagitau stret to the point yang aku nak pegi terengganu. kalau dia reply text aku, aku akan tegur dia time tu. tapi kalau dia tak reply aku, aku tak akan tegur dia time tu and sampai bile-bile....

sekian. 

Tuesday, May 10, 2011

my sweet baby!

hey.
malam malam tak ade keje.
ini lahh keje wawa.

thanks to cik rabiah
 sorry wawa curi. jgn marah. hehe


this is my baby boy.
kening - papa 
mata - mama 
hidung - mama 
bibir - papa
bentuk muka - papa 
rambut - papa


this is my baby girl.
kening - mama
mata - papa 
hidung - papa 
bibir - mama 
bentuk - mama 
rambut - mama 


sorry, wawa tak bole tunjuk siape papa mereka. 
sebab papa mereka tak ade kene mengena dengan hidup wawa. 
hehehehe.
harap maklum.

harry potter and wawa.

oke ni tak de kene mengena ngn wawa.
comel kan? 
baby kristen stewart and robert pattinson.

seronok sangat bende. dari petang tadi wawa dok membodek bende alah nie. hehehe


esok wawa sambung lagi k. hehehe
good nite!




Saturday, May 7, 2011

saya sedih nie ;-(

kenape awak buat saya macam ni?
awak tahu tak, saya sedih ni..

saya ingat lagi mula mula kita bersua. masa tu saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. dan masa tu saya busy sangat. awak pun busy kan? ada satu masa tu saya terpaksa berurusan dgn awak. awak ajak saya berbual. ishhh. saya tak nak lahh. awak tak dapat cakap panjang dgn saya. awak korek pasal saya kat adik-adik saya. awak ingat saya suke? tak de privacy oke. arghh!

lepas tu awak nak jumpe saye personaly. saya sengaja buat awak tunggu lama. hehe.awak tahu tak saya nak beli nail buffer je. yang awak sibuk tu kenape? saya malas nak jumpa awak tau. dah tu sibuk nak bayar kan. hey saya ada duit lah. tapi terima kasih banyak banyak ye. dan sekali lagi terima kasih sebab belanja Sushi King. tapi saya dah kenyang lah. sorry.

untuk beberapa minggu saya kenal awak ni. awak sentiasa cakap 'anything for you wawa'. saya yang mula mula kononye nak jual mahal pun boleh cair dgn serve awak. awak sanggup pergi balik sana sini semata mata nak amik dan hantar saya ke sana ke mari. perempuan mana tak suka dilayan macam tu. sejak tu saya dah mula suka kat awak. tapi......

kali terakhir saya jumpa awak. kita pergi tengok wayang kan? mula mula mood awak sangat oke. tapi bila kita makan saya perasan mood awak tak berapa oke. tapi saya tak pasti lah awak oke ke tidak. dalam wayang awak moody giler. sampai balik awak moody. tapi sebelum keluar kereta saya ade ucap terima kasih dan sorry sangat sangat menyusahkan awak.

saya bagitau kakak saya yang saya tengah kawan dgn awak. dorang tak suka awak. tapi saya dah mula suka kat awak. perasaan saya masa tu berbelah bagi. itu yang saya cerita kat awak. awak marah ke? betul ke sebab kan family saya tak suka awak awak nak lari dari saya?

dan sampai sekarang saya terfikir ade saya tersalah cakap ke masa kite keluar tu? saya cuma cakap 'saya tak ready lagi nak couple couple. saya nak enjoy dulu'. dan lepas tu awak dah jarang text saya. nak call saya pun lagi lah haram. makin lame makin susah nak contact awak. saya tahu awak busy. tapi kalau dulu sebusy mane pun awak tetap akan text saya even saya dah tido pun. sekarang saya pulak kena text awak. awak pulak reply lambat sangat. dan saya tanye 3 soalan. awak jawab satu je. awak mula bagi alasan sana sini. awak fikir saya tak ade perasaan ke?

awak, kalau awak malas dah nak layan saya. awak dah tak nak kat saya awak cakap je lah. tak de lah saya rase terhegeh-hegeh kat awak. saya dah suka kat awak tahu tak? saya suka awak. saya minat awak. saya sayang awak lahh.


memang padan muka saya buka hati saya untuk orang macam awak. kakak pun cakap jangan layan sangat orang macam awak. lepas je kakak saya cakap macam tu, kantoi awak tipu saya. penipu! mula mula awak tipu saya pasal facebook. saya tahu bende tu kecik. tapi kecik kecik bila dikumpul kan boleh jadi besar. lepas tu macam macam yang kantoi pasal awak. saya dah set mind saya jangan cepat percaya kat orang. tapi bila dgn awak saya jadi buta. saya nampak awak baik je. kenapa ye? hurm

saya sedih tahu tak? sebab awak orang kedua yang saya betul betul suka selepas ajie. bukan saya tak pernah jumpa lelaki perangai macam awak. banyak kali dah. cuma saya terkilan sangat. sebab sejujur nya saya memang mengharapkan awak sangat sangat. 

awak orang kedua yang buat hati saya berbekas macam ni. kalau lepas nie saya jumpa lapan orang yang sama. sudah cukup sepuluh orang. saya rela tak kahwin sampai mati lahh. hahahahaha


sekian.

UiTM- mula lah tak bersyukur.

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:
Program:(AC120)Sepenuh Masa
  DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN
  FAKULTI PERAKAUNAN
 
Kampus:Terengganu- UiTM Kampus Dungun 
 
    


oke. firstly wawa nak cakap wawa memang tak bersyukur langsung dapat mende nie. wawa bukan ape. dah lah course pelik tak sedap. jauh lak akuan dye ke belakang. tempat d'offer pun jauh ke dungun pulak tu. hish. wawa tak suke lahh. sumpah wawa jeles kat membe2 wawa. ramai dapai diploma perakaunan kat johor bharu lak tu. kampung wawa. aduh. wawa nak kat situ. wawa tak suke lahh tempat2 bahagian timur nie. arghh! please lahh! serius wawa cakap wawa tak suke tau tak?





sorry sangat. wawa tau memang wawa keterlaluan sikit. wawa patut bersyukur dapat offer daripada tak dapat. kesian wawa tengok kawan-kawan wawa yang tak dapat. dorang mengharap sangat. wawa simpati kat dorang. hurm

sekarang wawa tak tau nak pegi mane. wawa dah buat rayuan matrik. harap harap dapat lak yerk. itu je harapan wawa. 


sekian.



 

Tuesday, May 3, 2011

form six???



T A H N I A H !


Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah 

Berikut Adalah Maklumat Tawaran


hehehe.. nampak tu?

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR
KLUSTER KECEMERLANGAN 
telah meng'offer' saye untuk ke sekolah tu kembali. 
duduk di asrama tu balik
dengan rokol lah bagai. aduh!


ohhh. tidak mungkin! 

tapi..*eh bertapi pulak
hehehe.
sat lahhh
 tapi kalau SMTTJ tersebut ade subjek PRINSIP PERAKAUNAN. 
sukacita dimaklumkan saya akan terima tawaran tersebut.
itu pun kalau ade lahh. 
rase memang tak ade kot. hehehehe.
terima kasih 


tak perlu kata apa ape
senyum :)


sekian.