awak tahu tak, saya sedih ni..
saya ingat lagi mula mula kita bersua. masa tu saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. dan masa tu saya busy sangat. awak pun busy kan? ada satu masa tu saya terpaksa berurusan dgn awak. awak ajak saya berbual. ishhh. saya tak nak lahh. awak tak dapat cakap panjang dgn saya. awak korek pasal saya kat adik-adik saya. awak ingat saya suke? tak de privacy oke. arghh!
lepas tu awak nak jumpe saye personaly. saya sengaja buat awak tunggu lama. hehe.awak tahu tak saya nak beli nail buffer je. yang awak sibuk tu kenape? saya malas nak jumpa awak tau. dah tu sibuk nak bayar kan. hey saya ada duit lah. tapi terima kasih banyak banyak ye. dan sekali lagi terima kasih sebab belanja Sushi King. tapi saya dah kenyang lah. sorry.
untuk beberapa minggu saya kenal awak ni. awak sentiasa cakap 'anything for you wawa'. saya yang mula mula kononye nak jual mahal pun boleh cair dgn serve awak. awak sanggup pergi balik sana sini semata mata nak amik dan hantar saya ke sana ke mari. perempuan mana tak suka dilayan macam tu. sejak tu saya dah mula suka kat awak. tapi......
kali terakhir saya jumpa awak. kita pergi tengok wayang kan? mula mula mood awak sangat oke. tapi bila kita makan saya perasan mood awak tak berapa oke. tapi saya tak pasti lah awak oke ke tidak. dalam wayang awak moody giler. sampai balik awak moody. tapi sebelum keluar kereta saya ade ucap terima kasih dan sorry sangat sangat menyusahkan awak.
saya bagitau kakak saya yang saya tengah kawan dgn awak. dorang tak suka awak. tapi saya dah mula suka kat awak. perasaan saya masa tu berbelah bagi. itu yang saya cerita kat awak. awak marah ke? betul ke sebab kan family saya tak suka awak awak nak lari dari saya?
dan sampai sekarang saya terfikir ade saya tersalah cakap ke masa kite keluar tu? saya cuma cakap 'saya tak ready lagi nak couple couple. saya nak enjoy dulu'. dan lepas tu awak dah jarang text saya. nak call saya pun lagi lah haram. makin lame makin susah nak contact awak. saya tahu awak busy. tapi kalau dulu sebusy mane pun awak tetap akan text saya even saya dah tido pun. sekarang saya pulak kena text awak. awak pulak reply lambat sangat. dan saya tanye 3 soalan. awak jawab satu je. awak mula bagi alasan sana sini. awak fikir saya tak ade perasaan ke?
awak, kalau awak malas dah nak layan saya. awak dah tak nak kat saya awak cakap je lah. tak de lah saya rase terhegeh-hegeh kat awak. saya dah suka kat awak tahu tak? saya suka awak. saya minat awak. saya sayang awak lahh.
memang padan muka saya buka hati saya untuk orang macam awak. kakak pun cakap jangan layan sangat orang macam awak. lepas je kakak saya cakap macam tu, kantoi awak tipu saya. penipu! mula mula awak tipu saya pasal facebook. saya tahu bende tu kecik. tapi kecik kecik bila dikumpul kan boleh jadi besar. lepas tu macam macam yang kantoi pasal awak. saya dah set mind saya jangan cepat percaya kat orang. tapi bila dgn awak saya jadi buta. saya nampak awak baik je. kenapa ye? hurm
saya sedih tahu tak? sebab awak orang kedua yang saya betul betul suka selepas ajie. bukan saya tak pernah jumpa lelaki perangai macam awak. banyak kali dah. cuma saya terkilan sangat. sebab sejujur nya saya memang mengharapkan awak sangat sangat.
awak orang kedua yang buat hati saya berbekas macam ni. kalau lepas nie saya jumpa lapan orang yang sama. sudah cukup sepuluh orang. saya rela tak kahwin sampai mati lahh. hahahahaha
sekian.
No comments:
Post a Comment